Tuesday, December 2, 2008

Politik!!! Jom renung-renungkan...


Kemelut politik di beberapa negara dewasa ini amat membimbangkan. Perebutan tampuk pemerintahan atau kekecohan yang berlaku telah menimbulkan ketidakstabilan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan pelbagai kesan buruk berlaku, seperti kita lihat pada hari ini, di dada akhbar, wajah televisyen menyatakan pelbagai pemasalahan atau kemelut politik samaada di dalam mahupun di luar negara seperti Thailand telah menyebabkan masalah seperti rusuhan, pembunuhan, pergaduhan, dan kejadian lain berlaku.

Sebolehnya kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran harus berfikir secara waras bukan bertindak mengikut hati dan hawa nafsu. Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan kemakmuran, dan ini tidak dinafikan bahawa anda juga salah seorang daripada mereka. Sememangnya saya dan anda semua tidak mahu melihat pertumpahan darah, kerosakan harta benda, mati dengan sia-sia. Lagi-lagi ia berlaku ke atas keluarga kita, pada isteri, anak, ibu, ayah dan sebagainya. Pastinya anda tidak mahu itu berlaku bukan?

Oleh itu, saya berseru pada diri saya dan anda semua supaya lebih prihatin dan berfikir secara rasional untuk kebaikan akan datang, kita semua memerlukan keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan sebagainya untuk kehidupan akan datang. Dengan itu pilihlah tampuk pemerintahan yang mana mampu memberikan apa yang kita mahukan, menjaga kita dan jangan biarkan kita menjadi pendatang di bumi sendiri. BangunLAHHHH...

No comments: